MPK, TNB potong bekalan elektrik kilang plastik haram

Kakitangan TNB memotong bekalan elektrik bagi mengelak kilang plastik haram terbabit beroperasi semula.
Kakitangan TNB memotong bekalan elektrik bagi mengelak kilang plastik haram terbabit beroperasi semula.
A
A
A

PELABUHAN KLANG - Masalah sisa plastik haram di Selangor bagaikan tiada kesudahan meskipun amaran tegas sudah dikeluarkan kerajaan negeri dan pihak berwajib apabila masih banyak kilang yang menjalankan aktiviti tersebut.

Terbaharu, dalam serbuan di Kawasan Perindustrian Air Hitam di sini, sebuah kilang didapati masih melakukan aktiviti haram tersebut sejak tiga tahun lalu tanpa gentar walaupun sebelum ini sudah dikenakan tindakan penguatkuasaan oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Timbalan Pengarah Jabatan Pelesenan MPK, Mohd Fharulisa Md Isa berkata, pihaknya terpaksa mengambil tindakan pemotongan bekalan elektrik terhadap premis terbabit kerana pemiliknya masih berdegil dan ingkar dengan arahan MPK.

“Jadi kita terpaksa mengambil tindakan sewajarnya kerana mereka masih menjalankan operasi walaupun sudah banyak kali diberi amaran dan notis dan terbaharu Rabu lalu.

“Namun pemilik kilang masih berdegil dan ingkar dengan arahan pematuhan. Oleh itu hari ini kita menjalankan operasi pemotongan bekalan elektrik bersama syarikat utiliti, Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi menghalang pemilik kilang terus melakukan aktiviti haram.

Mohd Fharulisa (dua dari kiri) menunjukkan stok plastik yang belum diproses di kilang terbabit ketika Operasi Sitaan dan Pemotongan Elektrik Kilang Haram di Kawasan Perindustrian Air Hitam, hari ini.
Mohd Fharulisa (dua dari kiri) menunjukkan stok plastik yang belum diproses di kilang terbabit ketika Operasi Sitaan dan Pemotongan Elektrik Kilang Haram di Kawasan Perindustrian Air Hitam, hari ini.

“Tindakan ini mengikut peruntukan undang-undang sedia ada dilihat efektif bagi mengelakkan mereka terus menjalankan aktiviti itu yang mencemarkan alam sekitar dan menimbulkan risiko kesihatan kepada penduduk yang tinggal berhampiran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan Operasi Sitaan dan Pemotongan Elektrik Kilang Haram di Kawasan Perindustrian Air Hitam di sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Turut hadir, Pegawai Kawalan Kredit TNB Pelabuhan Klang, Nurul Huda Mohd Taufek.

Menurut beliau, operasi pemotongan bekalan elektrik itu kali pertama dijalankan selepas mendapat kelulusan Suruhanjaya Tenaga (ST).

“Ini salah satu daripada 41 kilang plastik haram yang masih beroperasi yang mana 10 daripadanya sudah ditutup.

“Operasi seperti ini akan dijalankan secara berterusan bagi membendung kewujudan kilang plastik haram di daerah ini,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: MPK akui sukar pantau kilang plastik haram

Terdahulu MPK berdepan kesukaran untuk memantau kilang kitar semula plastik haram yang beroperasi di daerah ini.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baharu Selangor, Ng Sze Han berkata, ini adalah berikutan MPK mempunyai kekangan kakitangan untuk melaksanakan pemantauan ke atas kilang-kilang terbabit sepanjang tempoh 24 jam.

Berikutan itu, beliau memaklumkan bahawa kaedah terbaik bagi mengawal operasi kilang-kilang haram ini adalah dengan memotong bekalan elektrik serta air di premis terlibat.