Suspek kelar teman wanita, anak lelaki direman

Laporan Sinar Harian semalam.
Laporan Sinar Harian semalam.
A
A
A

GEORGETOWN - Suspek yang mengelar teman wanitanya direman seminggu bermula semalam hingga 29 Jun ini untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, lelaki berusia 61 tahun itu ditahan reman di Hospital Pulau Pinang ketika menerima rawatan.

"Suspek yang turut mengelar anak lelaki teman wanitanya itu direman bermula semalam sehingga 29 Jun ini selepas ditahan ketika mendapat rawatan kerana mengalami kecederaan di bahagian kepala, muka dan perut.

"Dia akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata tajam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, suspek mengelar teman wanitanya berusia dan anak lelaki wanita berkenaan di hadapan sebuah rumah di Bandar Baru, Air Itam selepas bergaduh dipercayai bermotifkan cemburu.

Mangsa, Oung Lay Eng, 55, yang baru pulang ke rumah bertengkar dengan suspek selepas wanita itu dituduh mempunyai teman lelaki lain sebelum anak lelaki mangsa, Chung Chang Qin, 21, cuba masuk campur dengan mempertahankan ibunya sebelum berlaku pergelutan antara mereka sehinggakan kedua-dua beranak itu cedera di bahagian leher.

Polis menerima laporan kejadian itu daripada adik mangsa selepas dia mendapati kakak dan anak saudaranya terbaring akibat kecederaan yang dialami.

Artikel Berkaitan: