Cubaan seludup benih udang kara digagalkan

Benih udang kara yang cuba diseludup masuk.
Benih udang kara yang cuba diseludup masuk.
A
A
A

BATU PAHAT - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat menahan dua individu dan merampas 19 peti polistirena mengandungi kira-kira 45,000 ekor benih udang kara yang disyaki cuba diseludup masuk ke negara ini.

Pengarah APMM Zon Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Othman berkata, tangkapan pada jam 12.50 tengah hari di Sungai Muar itu dilakukan dengan kerjasama Pasukan Gerakan Am Batalion 6 (PGA) dan Sistem Pengawasan Maritim Laut (Swasla).

"Hasil daripada pemeriksaan ke atas sebuah bot dan dua suspek di sungai itu mendapati 19 peti polistirena mengandungi lebih kurang 450 bungkusan lut sinar yang mengandungi benih udang kara dipercayai cuba di bawa masuk untuk dipasarkan di negara ini.

Kotak polistirena yang mengandungi benih udang kara.
Kotak polistirena yang mengandungi benih udang kara.

"Keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM90,000 termasuk sebuah bot yang digunakan dalam cubaan itu. Suspek dan bot itu kemudian dibawa ke APMM Zon Batu Pahat untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Perikanan 1985 pihaknya serius dalam usaha membanteras aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-undang terutamanya di perairan negara.

"APMM juga mengharapkan kerjasama daripada orang ramai supaya segera melaporkan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang yang terpakai di perairan Zon APMM Malaysia.

"Aduan dan kecemasan di laut boleh dilaporkan melalui talian 999 dan pusat operasi APMM Zon Batu Pahat di talian 074344020," katanya.

Artikel Berkaitan: