Sultan Johor kurnia darjah, pingat kepada 122 individu

A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan darjah dan pingat kepada 122 individu sempena hari keputeraan rasmi Baginda pada Mac lalu di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar hari ini.

Berangkat sama pada majlis itu Istiadat Penyampaian Darjah dan Pingat itu berlangsung, Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Mendahului penerima adalah Pegawai Daerah Johor Bahru, Mohammed Ridha Abd Kadir yang menerima Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) yang membawa gelaran Datuk.

Sultan Ibrahim turut berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Yang Amat Disanjungi Pangkat Ketiga Setia Mulia Sultan Ibrahim Johor (SIJ) kepada enam individu.

Selain itu, seramai 13 individu pula menerima Pingat Kerana Lama dan Baik Dalam Pekerjaan (PLP) dan seramai 83 individu dianugerahkan Pingat Sultan Ibrahim Johor Pangkat Kedua (PSI II).

Baginda Sultan turut menganugerahkan Pingat Sultan Ibrahim Johor Pangkat Ketiga (PSI III) kepada 20 individu termasuk empat jurulatih pasukan Persatuan Tarian Singa dan Naga Kun Seng Keng.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia