KPM beri perhatian hasil kajian kebebasan akademik, autonomi universiti

Maszlee mempengerusikan mesyuarat yang membincangkan kerangka dasar kebebasan akademik dan autonomi di universiti di Putrajaya pada Jumaat lalu.
Maszlee mempengerusikan mesyuarat yang membincangkan kerangka dasar kebebasan akademik dan autonomi di universiti di Putrajaya pada Jumaat lalu.
A
A
A

PUTRAJAYA - Mesyuarat yang membincangkan kerangka dasar kebebasan akademik dan autonomi di universiti telah membentangkan hasil kajian pada Jumaat lalu.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, antara perkara yang akan diberikan perhatian ialah penggubalan akta baharu bagi memansuhkan dan menggantikan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.

Tambah beliau, akta lain yang akan dimansuhkan ialah Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) dan akta-akta yang melibatkan institusi pendidikan tinggi yang bersifat akademik.

"Kerajaan mesti mengubah fungsi daripada kawalan ketat ke atas universiti kepada pembuat dasar dan kawal selia yang lebih fasilitatif.

"Saya yakin dan percaya bahawa pendekatan baharu ini akan mengorak langkah baru untuk universiti-universiti kami lebih gah di peringkat antarabangsa.

"Perkara ini selari dengan janji kerajaan Pakatan Harapan untuk membawa semula kewibawaan universiti," katanya menerusi satu kenyataan di sini semalam.

Turut hadir pada mesyuarat tersebut Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Mohd Gazali Abas; Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Ir Dr Siti Hamisah Tapsir dan pakar-pakar bebas.

Sementara itu, mesyuarat itu turut membentangkan tentang keperluan mengadakan satu struktur tadbir urus baharu dan struktur pembiayaan yang lebih efisyen serta mapan dalam usaha untuk meraikan kebebasan akademik dan autonomi di universiti.

Artikel Berkaitan: