Potong ‘Q’ punca gaduh

No Image Caption
A
A
A

KAJANG - Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan di hadapan deretan kedai di Jalan Dataran Cheras 2, Cheras Traders, Cheras Balakong di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, lelaki berusia 44 tahun itu ditahan sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di Taman Putri Jaya Batu 9, Cheras pada jam 4.20 petang tadi.

“Siasatan awal suspek mengaku terlibat dengan kes ini. Berdasarkan keterangan mangsa insiden berpunca rasa tidak puas hati berkaitan potong 'que' semasa keluar simpang,” katanya melalui kenyataan media di sini hari ini.

"Laporan pemeriksaan Hospital Kajang mendapati mangsa mengalami kecederaan pada bahagian muka dan badan serta disahkan patah di pergelangan tangan kanan, serta retak tulang muka dan hidung,” katanya.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini boleh berhubung dengan IPD Kajang atau Pegawai Penyiasat Inspektor Hafizah Abdul Latiff di talian 0166060955,” katanya.

"Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: