MPN gesa siasat penulis 'Mengapa Anwar Tak Boleh Jadi PM'

Zahir (lima, kanan) bersama Na'im (enam, kanan) hadir membuat laporan di IPD Dang Wangi, hari ini, berhubung isu pemerasan RM400,000 serta tuduhan fitnah terhadap Anwar.
Zahir (lima, kanan) bersama Na'im (enam, kanan) hadir membuat laporan di IPD Dang Wangi, hari ini, berhubung isu pemerasan RM400,000 serta tuduhan fitnah terhadap Anwar.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Wilayah Persekutuan menggesa siasatan dibuat terhadap penulis manuskrip buku bertajuk ‘Mengapa Anwar Tak Boleh Jadi PM'.

Pengerusi MPN Wilayah Persekutuan Ketua Cabang Titiwangsa, Zahir Hassan berkata, laporan polis telah dibuat berhubung dakwaan pemerasan sebanyak RM400,000 yang dilakukan Yahaya terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, sekiranya bayaran tidak dibuat, buku terbabit akan diterbit dan didedahkan kepada umum.

"Berdasarkan laporan yang dibuat sebelum ini oleh Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah, Datuk Johari Abdul, saya merasakan seolah-olah penulis mempersoalkan tindakan Yang di-Pertuan Agong yang memberi pengampunan penuh kepada Anwar.

"Tindakan penulis itu umpama memperlekehkan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini hari ini.

Kelmarin, manuskrip buku tersebut didedahkan yang difahamkan ditulis oleh Yahaya Ismail, didapati sarat dengan fitnah, tohmahan keji seperti homoseksualiti (muka surat 7,8,9,10,77,91,107), korupsi (muka surat 43,89), ejen Zionis dan Amerika Syarikat (muka surat 19,60) kepada Anwar.

Dalam manuskrip itu juga terdapat elemen mempersoalkan tindakan Yang di-Pertuan Agong memberikan pengampunan penuh kepada Anwar.

Dalam pada itu, Anwar mengesahkan beliau ada menerima ugutan dan diminta membayar RM400,000.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, Yahaya telah menafikan dakwaan kononnya beliau telah memeras Anwar dengan meminta bayaran sebanyak RM400,000 berhubung manuskrip buku bertajuk ‘Mengapa Anwar Tak Boleh Jadi PM’.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Wilayah Persekutuan, Na'im Brundage turut hadir membuat laporan polis terhadap pengendali akaun Twitter @pecatfaekah yang menyebarkan ciapan berunsur fitnah terhadap Anwar.

"Fitnah-fitnah ini mula dikesan pada 12 Jun lalu selepas video intim yang dikaitkan dengan seorang menteri kabinet bersama Haziq Abdul Aziz tular.

"Saya dimaklumkan terdapat lima dalang yang aktif dalam politik di sebalik akaun Twitter itu. Perkara ini harus disiasat segera bagi memastikan dalang-dalang terbabit dibawa ke muka pengadilan," katanya.