Sindiket ah long tumpas

Pelbagai barangan yang dirampas.
Pelbagai barangan yang dirampas.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Dua lelaki disyaki terlibat dalam kes sindiket ah long berjaya diberkas di hadapan Blok M, Pangsapuri Melawis dekat Taman Universiti, di sini, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, kedua-kedua suspek dilihat dalam keadaan mencurigakan ketika menaiki kereta Toyota Vios.

"Hasil soal siasat awal suspek telah membawa penemuan sejumlah 2,500 keping kad pinjaman wang tanpa lesen, telefon bimbit, beberapa keping kad bank pelbagai, buku log senarai nama peminjam dan penyembur cat berwarna merah yang disimpan di dua lokasi berasingan di sekitar Johor Bahru dan Seri Alam.

"Kedua-dua suspek terus ditangkap dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara untuk tindakan lanjut," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terjerumus dalam skim pinjaman wang tanpa lesen," katanya.

Artikel Berkaitan: