Curi motosikal: Dua lelaki dicekup orang awam

ANtara barangan yang dirampas.
ANtara barangan yang dirampas.
A
A
A

GEORGETOWN - Dua lelaki dicekup dipercayai terlibat dalam kes curi motosikal di Jalan P Ramlee di sini pada jam 5.20 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, kedua-dua suspek berusia 29 dan 24 tahun itu ditangkap oleh orang awam sebelum diserahkan kepada polis.

Menurutnya, ketika anggota polis tiba di tempat kejadian, didapati kedua-dua suspek mengalami kecederaan di bahagian muka dan kepala dipercayai kesan pergelutan dengan orang awam.

"Ketika melakukan rondaan perdana, anggota kita menerima panggilan mengatakan dua lelaki telah ditangkap oleh orang awam kerana disyaki mencuri motosikal.

"Ketika anggota polis sampai di lokasi kejadian, didapati kedua-dua suspek mengalami kecederaan, dipercayai akibat pergelutan dengan orang awam.

"Pemeriksaan lanjut pada badan suspek menemui satu paket plastik lutsinar mengandungi syabu seberat 5.25g," katanya ketika dihubungi tadi.

suspek
suspek

Beliau berkata, pemeriksaan pada beg sandang suspek kedua pula menemui sebatang playar, sebatang pemutar skru dan sebilah pisau kertas.

Artikel Berkaitan:

"Suspek pertama dari Permatang Sungai Dua, Kepala Batas mempunyai tujuh rekod jenayah dan 12 rekod dadah.

"Sementara itu, suspek kedua yang berasal dari Kubang Semang, Bukit Mertajam mempunyai satu rekod jenayah dan lima rekod dadah.

"Kedua-duanya akan direman pagi ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A(1)/511 Kanun Keseksaan kerana mencuri," katanya.