Dipenjara tiga tahun, tiga sebatan pecah amanah

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang bekas juruwang dipenjara tiga tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di sini hari ini selepas didapati bersalah tuduhan pecah amanah berjumlah lebih RM200,000 berhubung penebusan sijil simpanan premium Bank Simpan Nasional (BSN) milik pelanggan tujuh tahun lalu.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Shafiq Izzudin Ibrahim, 26, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, Shafiq Izzudin sebagai kerani yang diamanahkan dengan penguasaan harta BSN iaitu RM248,050, didakwa melakukan pecah amanah jenayah dengan membuat penebusan sijil simpanan premium milik pelanggan institusi kewangan itu, antara 2 Ogos 2012 hingga 2 Oktober 2012, di BSN Cawangan Putrajaya, di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Tuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebatan serta denda, jika sakit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Khairiyah Samsudin memohon mahkamah mengenakan hukuman berat terhadap tertuduh.

Nurul Khairiyah menegaskan, kesalahan ini membabitkan sijil simpanan milik dua individu kenamaan, iaitu Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Bekas Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Mohamed Khalid Yusof.

Menurutnya Jamil Khir dan Mohamed Khalid sebelum ini turut hadir ke mahkamah sebagai saksi pendakwaan. Sehubungan itu beliau juga membantah cadangan pihak pembelaan untuk diberikan jaminan bon berkelakuan baik kerana kesalahan itu serius.

Artikel Berkaitan: