Pas dedah PKR akan pecah dua

Mohd Amar mengambil peluang beramah mesra dengan pengunjung di Medan Ilmu.
Mohd Amar mengambil peluang beramah mesra dengan pengunjung di Medan Ilmu.
A
A
A

KOTA BHARU - Tidak mustahil PKR akan berpecah dua, kesan daripada pergolakan yang berlaku dalam parti itu ketika ini.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, pertembungan antara dua kem pada pemilihan PKR menyebabkan perpecahan dalaman parti itu.

"Mana-mana yang menang pun akan menyebabkan PKR ini berpecah. Dan sekarang ini kita nampak kesan daripada pertandingan itu dan PKR tidak boleh mengelak daripada perkara tersebut.

"Antara petanda yang besarnya ialah perletakan jawatan Nurul Izzah Anwar. Itu salah satu kesan besar dan mungkin, tidak mustahil selepas ini akan menyebabkan perpecahan dua," katanya kepada Sinar Harian di sini.

Beliau ditemui selepas menyampaikan kuliah mingguan di Medan Ilmu di sini.

Artikel Berkaitan: