Serang keluarga angkara dadah

Tiga suspek yang ditahan dalam 'Ops Cegah' yang dijalankan sekitar daerah ini.
Tiga suspek yang ditahan dalam 'Ops Cegah' yang dijalankan sekitar daerah ini.
A
A
A

SABAK BERNAM - Gara-gara ketagihan dadah, seorang lelaki bertindak agresif terhadap ahli keluarganya di sebuah taman perumahan di Sungai Besar, di sini, semalam.

Suspek berusia 44 tahun itu antara tiga suspek ditahan dalam 'Ops Cegah' yang dijalankan sekitar daerah ini bermula jam 12 tengah malam hingga 8 pagi.

Ketua Daerah AADK Sabak Bernam, Zulazli Hashimuddin berkata, selain suspek, salah seorang daripada mereka yang ditahan itu terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah sejak 13 tahun lalu.

"Kesemua suspek berusia 33 hingga 44 tahun yang ditahan itu dibawa ke pejabat AADK Daerah Sabak Bernam untuk proses dokumentasi dan menjalani ujian saringan air kencing.

"Hasil ujian saringan air kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif mengambil dadah jenis morfin," katanya.

Zulazli berkata, semua suspek ditahan reman di Pusat Tahanan Reman AADK Kuala Selangor selama 12 hari mulai semalam bagi siasatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (APD) 1983 pindaan 1998," katanya.

Artikel Berkaitan: