Kerja baik pulih paip pecah siap 62 peratus

Kerja pembaikan paip pecah di Taman Sri Gombak siap 62 peratus sehingga jam 5 petang semalam.
Kerja pembaikan paip pecah di Taman Sri Gombak siap 62 peratus sehingga jam 5 petang semalam.
A
A
A

GOMBAK - Kerja pembaikan paip pecah di Taman Sri Gombak siap 62 peratus sehingga jam 5 petang semalam.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad berkata, jumlah kawasan terlibat gangguan air kini berbaki 15 kawasan berbanding 33 sebelumnya.

"Kawasan yang masih terjejas adalah Astana Gemilang, Perusahaan Ringan Taman Berlian, Batu Caves Centre Point, Pinggiran Batu Caves, Taman Bolton, Desa Minang, Prima Sri Gombak Taman Gemilang, Kampung Melayu Sri Gombak, Simpang Tiga, Taman Sahabat, Kampung Sri Gombak Indah, Taman Indah Gemilang dan Taman Sri Gombak," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, Air Selangor sedang berusaha mempercepatkan kerja-kerja pembaikan bagi membolehkan gangguan air pulih sepenuhnya.

Laporan Sinar Harian gangguan bekalan air disebabkan paip pecah dI Taman Prima Sri Gombak semalam.
Laporan Sinar Harian gangguan bekalan air disebabkan paip pecah dI Taman Prima Sri Gombak semalam.

"Bagi meminimakan impak gangguan, bantuan bekalan air melalui lori tangki air terus digerakkan ke kawasan terjejas.

"Air Selangor memohon maaf atas kesulitan yang tidak dapat dielakkan. Pengguna di lokasi terlibat boleh mendapatkan maklumat dan status terkini melalui aplikasi Air Selangor dan laman sesawang www.syabas.com.my," katanya.

Sinar Harian melaporkan beberapa kawasan di Gombak mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual selepas berlakunya paip pecah di Taman Prima Sri Gombak, semalam.

Artikel Berkaitan:

Penutupan sementara bekalan air dilaksanakan bagi perlaksanaan kerja-kerja pembaikan paip yang dijangka mengambil masa selama 24 jam.

ARTIKEL BERKAITAN: Gangguan bekalan air di sekitar Gombak