Gangguan bekalan air di sekitar Gombak

Paip pecah di Prima Sri Gombak menyebabkan berlakunya gangguan air beberapa lokasi sekitar Gombak untuk kerja baik pulih. Foto: FB Taman Sri Gombak.
Paip pecah di Prima Sri Gombak menyebabkan berlakunya gangguan air beberapa lokasi sekitar Gombak untuk kerja baik pulih. Foto: FB Taman Sri Gombak.
A
A
A

GOMBAK - Beberapa kawasan di Gombak mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual selepas berlakunya paip pecah di Taman Prima Sri Gombak, hari ini.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad berkata, penutupan sementara bekalan air dilaksanakan bagi perlaksanaan kerja-kerja pembaikan paip.

Menurutnya, antara kawasan terlibat terdiri Kampung Kuantan, Taman Bolton, Taman Setia Gombak, Kampung Lee Kong Chian, Taman Gemilang, Taman Sri Gombak, Kampung Melayu Sri Gombak, Taman Gombak Jaya, Taman Suria, Setapak, Sungai Mulia, Taman Gombak Setia dan Teratai Mewah.

"Kawasan lain adalah Astana Gemilang, Kampung Sri Gombak Indah, Taman Harmonis, Batu 3 hingga Batu 5 Jalan Gombak, Kampung Tengah Gombak, Taman Ibu Kota, Batu Caves Centre Point, perusahaan ringan dan Taman Indah Gemilang.

Air bertakung disebabkan paip pecah dikongsi di FB Sri Gombak, hari ini. Foto: FB Taman Sri Gombak.
Air bertakung disebabkan paip pecah dikongsi di FB Sri Gombak, hari ini. Foto: FB Taman Sri Gombak.

"Turut terlibat di Bukit Lela, Pinggiran Batu Caves Taman Pewira Gombak, Desa Minang, Prima Sri Gombak, Taman Sahabat, Kampung Changkat, Simpang Tiga, Taman Setapak, Kampung Kerdas Taman Berlian, Taman Setapak Permai," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, Air Selangor menyasarkan tempoh baik pulih mengambil masa selama 24 jam, namun sebarang perkembangan mengenainya akan di kemas kini dari semasa ke semasa.

"Lori tangki air akan digerakkan selain usaha meminimumkan impak gangguan bekalan kepada pengguna di kawasan terjejas.

Artikel Berkaitan:

"Pengguna boleh mengikuti perkembangan semasa dan status terkini gangguan melalui aplikasi Air Selangor dan laman sesawang www.syabas.com.my," katanya.