Koguru umum keuntungan 6 Julai

Alias (dua dari kiri) ketika bersama tetamu jemputan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri Koguru, hari ini.
Alias (dua dari kiri) ketika bersama tetamu jemputan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri Koguru, hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Koperasi Warga Pendidikan Terengganu Berhad (Koguru) akan mengumumkan kadar keuntungan bersih yang diperoleh bagi tahun kewangan berakhir 2018 sempena Mesyuarat Agung Tahunan yang akan diadakan pada 6 Julai depan.

Pengerusi Kehormat Koguru, Alias Yahya berkata, kadar keuntungan bersih yang diperoleh tahun lalu dijangka meningkat berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM4.6 juta bagi tahun 2017.

ARTIKEL BERKAITAN: Koguru untung RM5 juta

“Kita jangka memperoleh keuntungan bersih pada 2018 melebihi sasaran awal iaitu sebanyak RM5 juta.

“Jadi, kita jangka akan membayar dividen sebanyak 15.5 peratus iaitu 10 peratus atas modal syer dan 5.5 peratus atas modal yuran 16 kepada hampir 13,000 ahli bermula 1 Ogos nanti,” katanya pada Majlis Hari Raya Aidilfitri Koguru di sini, hari ini.

Menurut Alias, sempena Mesyuarat Agung itu nanti, Koguru juga akan menyerahkan sumbangan sebanyak RM17,000 untuk waris kepada salah seorang ahli yang telah meninggal dunia.

Dalam pada itu, katanya, pihaknya kini dalam proses rundingan bagi menyediakan perkhidmatan hotel bajet yang akan beroperasi di ibu kota.

“Perkhidmatan hotel adalah satu lagi produk perkhidmatan baharu yang akan dikembangkan Koguru, buat permulaan ini kita sediakan sebuah hotel bajet di Kuala Lumpur di mana kini dalam proses pembelian,” katanya.

Artikel Berkaitan: