'Rapatkan saf, terus bangkit', pesan Naib Presiden UMNO

Status dimuat naik dalam akaun Facebook Ismail Sabri hari ini menggesa ahli UMNO menjadikan persidangan UMNO bahagian sebagai medan buah fikiran.
Status dimuat naik dalam akaun Facebook Ismail Sabri hari ini menggesa ahli UMNO menjadikan persidangan UMNO bahagian sebagai medan buah fikiran.
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli UMNO digesa supaya menjadikan persidangan tahunan UMNO bahagian kali ini sebagai satu medan buah fikiran, yang mampu menjadikan parti keramat ini terus menjadi tiang rakyat.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi status dimuat naik dalam akaun Facebook miliknya, berkata ahli UMNO perlu menjadikan persidangan tersebut sebagai platform untuk bersatu dan merapatkan saf sesama mereka.

“UMNO terus bangkit menjadi wadah rakyat dan menjadi parti yang membawa keharmonian serta kesejahteraan nusa dan negara.

“Jadikan persidangan ini untuk bersatu-padu dan merapatkan saf antara kita semua.

“Selamat bersidang kepada semua perwakilan UMNO Bahagian, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri,” katanya.

Persidangan UMNO Bahagian seluruh negara bermula hari ini sehingga 15 Ogos depan.

Artikel Berkaitan: