Rumah Peduli berbeza dengan My BN Home: Adly

No Image Caption
A
A
A

MELAKA TENGAH - Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari menganggap bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron keliru antara Rumah Peduli dan rumah di bawah projek My Beautiful New Home (My BN Home) yang dirancang ketika era pemerintahan BN dahulu.

Sambil mempertahankan bahawa kedua-dua projek perumahan itu berbeza, beliau berharap Idris yang juga Ketua Pembangkang Melaka mendapatkan fakta yang betul sebelum mengulas sesuatu isu.

"Saya berharap beliau mendapat fakta yang betul sebelum mengulas sesuatu perkara, sudah pasti kedua-dua projek ini berbeza.

"Bagi saya yang lebih penting kedua-dua projek adalah daripada dana rakyat dan yang penting rakyat mendapat manfaat daripada kedua-dua projek," katanya selepas melakukan lawatan di Pintu Kawalan Air Barrage di Muara Sungai Melaka di sini hari ini.

Terbaru, kenyataan yang mendakwa kerajaan PH hanya menempah nama menerusi projek pembangunan yang disambung ketika zaman BN menjadi tular di media sosial.

Malah Adly sebelum ini menjelaskan lokasi kedua-dua projek perumahan terbabit yang terletak bersebelahan menyebabkan masyarakat dan pengguna media sosial keliru.

"Kualiti Rumah Peduli yang dibangunkan juga menggunakan kualiti binaan dan metodologi terkini yang membezakannya dengan rumah lain, ia 100 peratus di bawah seliaan kerajaan PH,” tegasnya.

Artikel Berkaitan: