Suami pukul isteri dengan papan luncur dijel setahun

Abdul Hafiz dipenjara 12 bulan kerana mencederakan isterinya.
Abdul Hafiz dipenjara 12 bulan kerana mencederakan isterinya.
A
A
A

KUALA TERENGGANU- Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini, menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan ke atas seorang lelaki yang bertindak mencederakan isterinya menggunakan papan luncur.

Keputusan itu dibuat Majistret Abdul Hayyi Salim setelah tertuduh, Abdul Hafiz Man, 33, mengaku bersalah setelah pertuduhan terhadapnya dibacakan.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan kepada isterinya yang berusia 31 tahun di sebuah rumah Kampung Gong Pak Damat, Kuala Nerus kira-kira jam 12 tengah hari pada 6 Jun lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun yang sama.

Mengikut fakta kes, tertuduh telah bertindak memukul isterinya dengan menggunakan papan luncur dan melempar kereta roda mainan kepada isterinya.

Ekoran kejadian itu, mangsa mengalami bengkak di bahagian kepala dan seluruh badan kerana ditumbuk dan disepak oleh suspek.

Artikel Berkaitan: