Lapan alasan hakim jatuh hukuman penjara 12 tahun ke atas Siti Bainun

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali (kiri) ketika hadir di pekarangan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu. - Foto Bernama
Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali (kiri) ketika hadir di pekarangan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun ke atas pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali selepas didapati bersalah atas pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja sindrom Down dikenali sebagai Bella.

Hakim Izralizam Sanusi mengemukakan lapan alasan ke atas keputusannya seperti berikut:

1) Keterangan orang kena tuduh (OKT) berkaitan insiden Bella terkena air panas adalah keterangan dengar cakap atau klise. Ini kerana OKT tidak berada di tempat kejadian dan tidak menyaksikan kejadian yang didakwa berlaku tersebut.

OKT mendakwa kejadian tersebut diceritakan oleh saksi pendakwaan kelima (SP5), Yasmin Nahar Mahmood (bekas penghuni Rumah Bonda) melibatkan Bella, Balqis dan Aida.