Lebih 500 berhimpun bantah ICERD

Himpunan menyaksikan Pas dan Umno sebagai pengendali utama.
A
A

JOHOR BAHRU - Lebih 500 orang membanjiri kawasan tempat letak kereta Masjid Jamek Al Jawahir, Mutiara Rini, di sini bagi menyatakan bantahan terhadap ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Himpunan dianjurkan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu turut menyaksikan Pas dan Umno sebagai pengendali utama.

Himpunan bermula selepas solat jumaat di masjid berkenaan turut menyuarakan bantahan terhadap tindakan sesetengah pihak yang mempertikai mengenai kuasa raja Melayu dan hak bumiputera.

Turut kelihatan di himpunan itu, Pengerusi Umno negeri, Datuk Ir Hasni Mohammad dan Pesuruhjaya Pas negeri, Abdullah Hussin.