MPS perlukan pandangan awam rangka Belanjawan 2020

Majlis Perbandaran Selayang (MPS)
Majlis Perbandaran Selayang (MPS)
A
A
A

SELAYANG - Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengajak orang awam turut serta dan memberikan pandangan dalam Belanjawan MPS 2020.

Pengarah Jabatan Korporat MPS, Mohamad Zin Masoad berkata, cadangan boleh dikemukakan melalui borang atas talian sejak 7 Jun lalu sehingga 23 Jun depan.

"Pandangan serta input orang ramai diperlukan bagi memastikan belanjawan yang dirangka adalah komprehensif dan memenuhi keperluan semua pihak.

"Orang ramai boleh melayari web di www.mps.gov.my atau menghubungi jabatan korporat MPS di talian 03-6126 5824 untuk maklumat lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan: