RCI jejas kes penting mahkamah

 Tun Dr Mahathir (dua, kiri) mendengar penerangan yang disampaikan oleh Pengarah Urusan Triplus Industry Sdn. Bhd. Yeon Kok Kuang (kanan) ketika melawat gerai pameran selepas merasmikan Smart Industry Centre, Konica Minolta Business Technologies Malaysia Sdn Bhd, pada lawatan sehari ke Melaka hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

MELAKA - Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat salah laku kehakiman akan mengganggu kes-kes penting mahkamah.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dakwaan salah laku yang terkandung dalam satu afidavit menggemparkan sebelum ini juga tidak menyebut mengenai nama-nama hakim tertentu.

“Tuduhan dibuat secara umum, jadi kalau secara umum, seluruh badan kehakiman itu akan dihadapkan ke RCI.

“Kalau kita buat demikian, perbicaraan penting yang sedang berlaku ini tidak dapat diteruskan dan ini akan menidakkan keadilan bagi semua pihak,” katanya kepada pemberita di Melaka semalam.

Beliau mengulas mengenai sama ada kerajaan akan mempercepatkan pembentukan RCI yang beliau umumkan pada Februari berikutan afidavit difailkan oleh Hakim Mahkamah Rayuan, Hamid Sultan Abu Backer.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, kelewatan itu disebabkan saman pemula yang difailkan oleh bekas Ketua Menteri Sabah Yong Teck untuk mencabar keperlembagaan RCI.

Artikel Berkaitan: