Pesawah rugi angkara siput godang

No Image Caption
A
A
A

PEKAN - Ancaman siput gondang emas (SGE) menyebabkan pesawah di Kampung Pahang Tua di sini, mengalami kerugiaan sehingga RM10,000.

Kerugian itu bukan sahaja membabitkan anak pokok musnah dimakan siput, tetapi pesawah juga terpaksa mengeluarkan belanja tambahan untuk membeli racun bagi membunuh hidupan tersebut.

Pesawah Ishak Abdul, 51, berkata akibat ancaman itu dia mengalami kerugian antara RM7,000 hingga RM10,000.

Menurutnya, kemusnahan bukan disebabkan serangan SGE sahaja, sebaliknya tikus, burung biru dan belibih antara penyebabnya kerosakan pada tanaman mereka.

“Setiap kali musim menanam, racun terpaksa digunakan bagi memastikan anak pokok padi berumur 20 hari tidak mendapat ancaman itu.

“Tapi bila kita tengok sebulan dua ini ancaman itu terus berlaku dan pembiakan SGE seperti sukar untuk di kawal,” katanya ketika ditemui di Kampung Pahang Tua, semalam.

Katanya, terdapat sejenis racun import keluaran negara jiran dapat membunuh SGE namun disebabkan tidak didaftar menyebabkan kerajaan melarang penggunaannya di negara ini.

Jelasnya, bagi menyelesaikan ancaman SGE di sawah Kampung Pahang Tua dan beberapa sawah lain di daerah penggunaan racun itu perlu.

Artikel Berkaitan:

“Saya berharap kerajaan dapat memikirkan untuk meluluskan penggunaan racun terbabit," katanya.

Ishak berkata, usaha lain terpaksa dilakukan olehnya dan pesawah lain dengan cara memungut SGE dewasa yang terdapat dalam sawah termasuk menggunakan itik yang akan makan anak siput dalam sawah.

“Saya mengusahakan sawah seluas 12.14 hektar di kawasan sawah Kampung Pahang Tua, setiap musim terdapat beberapa petak diserang SGE yang aktif pada waktu petang dan malam.

Hampir semua pesawah di sini menghadapi masalah yang sama.

“SGE bergerak masuk ke dalam petak sawah bersama air yang dialirkan terutama pada peringkat awal penanaman, siput terbabit akan makan daun anak benih padi hingga menyebabkan pokok mati selain pertumbuhan tidak sekata," katanya.

Sementara itu, pengarah Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Pekan Muhd Rizal Baharom berkata, pihaknya sentiasa membantu pesawah bagi mengatasi masalah serangan SGE yang kini semakin serius dan membimbangkan.

Katanya, selain menyediakan racun, pihaknya turut mengadakan program gotong-royong memungut SGE.

Bagaimanapun, katanya, selepas beberapa kali aktiviti terbabit dilakukan kesannya tidak banyak berubah.

“Kita juga mengalakan pesawah menternak itik telur bagi mengawal pembiakan siput dan usaha berkenaan dianggap berkesan selain memberi pendapatan tambahan jualan telur," katanya.

Info

SIPUT GONDANG EMAS Perosak tanaman padi utama di Malaysia. Perosak penting di sawah-sawah padi di Taiwan, Jepun, Filipina, Thailand dan Indonesia. Berasal dari kawasan paya dan sungai di Argentina dan di Amerika Selatan.

Terdapat 2 jenis Siput Gondang Emas: al Pomac naliculata b) Pomacea incerlarus

TELUR SIPUT GONDANG EMAS

-Telur siput yang baru bertelur berwarna merah jambu terang.

-Bertukar menjadi merah jambu muda apabila hampir Telur mulai menetas antara 7-15 hari.

-Penetasan mengambil masa selama 5 hari.

KESAN SERANGAN SIPUT GONDANG EMAS

-Kerosakan berlaku apabila siput memakan anak padi yang baru tumbuh (2-4 minggu selepas tabur). -Siput memakan anak padi sampai ke pangkal pokok menyebabkan pokok padi tidak dapat pulih. -Serangan siput membentuk tompok-tompok dalam sawah seperti anak benih tidak tumbuh. -Tempoh kritikal serangan siput gondang emas hanya terhad kepada 4 minggu pertama selepas serangan tabur yang teruk boleh menyebabkan kehilangan sehingga 93peratus hasil padi.