Retak tulang dibelasah selepas kemalangan

Mangsa selepas menerima rawatan pesakit luar di klinik.
Mangsa selepas menerima rawatan pesakit luar di klinik.
A
A
A

PASIR PUTEH - Seorang lelaki retak tulang lengan kiri, cedera mulut dan bengkak muka dipukul dua lelaki selepas berlaku kemalangan di Kampung Air Tawar, Tok Bali dekat sini petang semalam.

Sebelum itu, kereta Perodua Kancil mangsa yang berusia lingkungan 40-an itu dilanggar Proton Saga dari arah belakang.

Menurut sumber, mangsa keluar dari kereta untuk berbincang dengan pemandu kereta yang melanggarnya.

"Pemandu kereta yang melanggar bersetuju membayar RM400 kepada mangsa, kemudian beberapa orang keluar dari kereta Honda Jazz bernombor pendaftaran Thailand menghampiri mereka.

"Dua lelaki menumbuk dan menendang sehingga mangsa terpaksa melarikan diri sebelum mendapatkan rawatan di klinik berhampiran dan membuat laporan polis," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Azmir Damiri ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan pihak polis meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan.

Artikel Berkaitan: