Mahu pinjam RM50,000 tapi rugi RM16,000

Mohd Wazir Mohd Yusof
Mohd Wazir Mohd Yusof
A
A
A
KUANTAN – Gara-gara diperdaya dengan sindiket pinjaman tidak wujud, seorang peniaga mengalami kerugian hampir RM16,000 Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berusia 40 tahun telah menerima melihat satu pesanan WhatsApp yang dihantar anggota sindiket bagi mempromosikan pinjaman wang daripada sebuah syarikat.

Menurutnya, pihak syarikat terbabit memaklumkan kepada mangsa bahawa dia layak membuat pinjaman RM50,000, selepas mangsa menghantar salinan kad pengenalan, salinan penyata Affin bank dan salinan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) milik pengadu.

“Suspek kemudian meminta mangsa membayar RM399 bagi perkhidmatan cukai. Pada Isnin lalu, jam 1 petang, mangsa telah membuat pembayaran sebanyak RM6,929 melalui pindahan dari akaun syarikatnya kepada penama Ng Kok Leong. Pembayaran itu dibuat bagi menutup nama daripada senarai hitam.

“Keesokan harinya, pada jam 2.49 petang mangsa menerima panggilan daripada suspek yang meminta mangsa membayar bagi proses membuka online banking dan mangsa telah melakukan dua transaksi yang berjumlah RM9,000 pada akaun sama,” katanya.

Mohd Wazir memberitahu, selepas mangsa membuat pembayaran itu, dia merasakan dirinya telah ditipu dan laporan polis telah di buat di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran.

Dalam pada itu, Mohd Wazir berkata, modus operandi suspek adalah dengan menawarkan pinjaman tidak wujud sehingga menyebabkan mangsa mengalami kerugian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan keterangan mangsa sudah diambil,” katanya.

Artikel Berkaitan: