Johor sentiasa pantau isu pencemaran sungai

Exco Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar.
Exco Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor sentiasa memantau secara dekat isu pencemaran sungai terutama di Pasir Gudang yang terkenal sebagai kawasan perindustrian.

Exco Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, isu pencemaran di Pasir Gudang dikenal pasti bukan sahaja ketika bencana Sungai Kim Kim.

Menurutnya, oleh itu beliau akan sentiasa bekerjasama dengan rakan sejawat yang memegang portfolio alam sekitar dalam mendepani cabaran isu pencemaran di negeri ini.

"Kita akan bekerjasama lebih rapat dengan Exco Alam Sekitar untuk memastikan bahawa perkara ini tidak akan berulang.

"Bukan sahaja di Pasir Gudang tetapi di seluruh Johor. Insya-ALLAH mudah-mudahan kita doakan jangan berlaku lagi peristiwa ini," katanya pada sesi temu bual khas di sini baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada akan bekerja dengan Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon bagi mendepani cabaran isu pencemaran di Johor.

Selain itu, Mohd Khuzzan turut menangkis dakwaan sebelum ini bahawa kerajaan negeri lambat bertindak menangani kes pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim.

"Kalau saya lihat, dari segi respons itu tidak lambat sangat. Saya rasa kita cepat. Cuma kita tidak maklumkan apa tindakan yang telah diambil dan sebagainya.

Artikel Berkaitan:

"Kalau kita tengok daripada jumlah itu, cuma 26 yang masuk ICU iaitu kritikal. Tapi mereka semua pulih seperti sedia kala, tiada kematian dalam kes ini," katanya.

Pada Mac lalu, Johor digemparkan dengan bencana pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim, dekat Pasir Gudang yang mengakibatkan lebih 4,000 penduduk termasuk pelajar sekolah di kawasan berdekatan terkesan dan mendapatkan rawatan.