X

Kindly register in order to view this article
!

Tiga bayi antara korban kematian misteri

Ketua Polis Gua Musang, Superintendan Mohd Taufik Maidin (kiri) bersama anggotanya turun meninjau kawasan penempatan baharu penduduk orang asli Kuala Koh semalam.
A
A

KOTA BHARU - Polis Kelantan mengesan 13 kematian membabitkan orang asli suku Bateq di Kuala Koh Gua Musang dipercayai akibat penyakit misteri sejak 2 Mei lalu hingga semalam.

Kematian turut membabitkan tiga bayi, seorang daripadanya baru berusia tujuh bulan, kanak-kanak berumur lima tahun dan golongan dewasa sehingga usia 63 tahun.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata pihaknya menerima maklumat berhubung beberapa kematian yang berlaku selang beberapa hari membabitkan sekumpulan penduduk di kawasan terbabit.

“Sehubungan itu, polis melalui Ketua Polis Gua Musang Superintendan Taufik Maidin turun meninjau ke lokasi dan mengesan 13 kematian membabitkan orang asli suku Bateq Kuala Koh.

“Hasil maklumat awal, kematian pertama berlaku pada 2 Mei lalu membabitkan seorang wanita berusia 63 tahun diikuti seorang lelaki berusia tiga hari kemudian dan seterusnya mangsa-mangsa lain,” katanya.

Jamil, 37, turut menderita penyakit sehingga menyebabkan kesukaran bernafas.
Jamil, 37, turut menderita penyakit sehingga menyebabkan kesukaran bernafas.

Menurutnya tempoh kematian antara mangsa-mangsa ada yang selang sehari sehingga lapan hari dengan terbaru membabitkan seorang wanita berusia 22 tahun petang semalam.

“Pihak berwajib termasuk Jabatan Kesihatan dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut berada di lokasi bagi melihat keadaan terbabit dan mengenal pasti punca kematian.

“Pihak polis sendiri turut melakukan pemantauan dan meminta penduduk supaya menjaga kebersihan dan segera merujuk ke hospital sekiranya terdapat tanda-tanda sakit seperti sesak nafas, sakit kepala dan sebagainya,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus