Hujan bukan halangan Sultan Johor dekati rakyat

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bersalaman dengan orang ramai. Gambar kredit: Royal Press Office
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bersalaman dengan orang ramai. Gambar kredit: Royal Press Office
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Istana Johor di Istana Pasir Pelangi, di sini hari ini.

Berangkat sama, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah.

Turut berangkat, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan isteri, Che' Puan Khaleeda Binti Bustamam; Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim dan suami, Datuk Dennis Muhammad Abdullah; Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Ibni Sultan Ibrahim; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Ibni Sultan Ibrahim serta Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Ibni Sultan Ibrahim.

Memetik Facebook rasminya hari ini, hujan sejak pagi tadi bukan penghalang buat baginda Tuanku untuk hadir dan bersalaman dengan orang ramai.

Antara pengunjung yang hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Istana Johor di Istana Pasir Pelangi di sini hari ini. Gambar kredit: Royal Press Office
Antara pengunjung yang hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Istana Johor di Istana Pasir Pelangi di sini hari ini. Gambar kredit: Royal Press Office



Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bergambar bersama tetamu yang hadir. Gambar kredit: Royal Press Office
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bergambar bersama tetamu yang hadir. Gambar kredit: Royal Press Office

Sultan Johor berkenan berjalan ke khemah dan bersalaman dengan pengunjung, malah orang ramai yang hadir menzahirkan rasa kagum melihat baginda Tuanku yang amat dekat di hati rakyat.

Royal Press Office memaklumkan, setakat jam 2 petang tadi hampir 60,000 pengunjung hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Istana Johor.

Artikel Berkaitan:

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar melambai kepada tetamu yang hadir. Gambar kredit: Royal Press Office
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar melambai kepada tetamu yang hadir. Gambar kredit: Royal Press Office

Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal; Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani serta Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Noh Gadot.