Sultan Selangor tunai Solat Aidilfitri bersama rakyat

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (tengah) berkenan bersalaman bersama rakyat jelata selepas selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama rakyat negeri Selangor di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong hari ini. - Foto Bernama
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama rakyat negeri ini di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong di sini.

Turut sama berkenan menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid berkenaan ialah Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris.

Hadir sama Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Sementara itu, dalam khutbah Aidilfitri bertajuk 'Menghayati kKemeriahan Aidilfitri' yang dibacakan Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid menyeru umat Islam membesarkan Allah dalam menghayati kemeriahan Aidilfitri.

Katanya lagi umat Islam hendaklah menyambut Aidilfitri dengan penuh ketaatan kepada Allah dan manjauhi perkara-perkara maksiat.

"Janganlah kita melenyapkan pahala amalan berpuasa dan berterawih semasa bulan Ramadan lepas, raikanlah Aidilfitri dengan melakukan amalan-amalan yang mulia.

"Suburkanlah amalan menziarah saudara-mara, adik-beradik dan sahabat-handai," katanya.

Selepas selesai menunaikan solat, baginda dan Tengku Amir turut berkenan bersalam bersama jemaah yang hadir. - Bernama


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia