Penjawat awam sektor kesihatan, keselamatan paling tertekan

Azih (dua dari kanan) beramah mesra dengan anak angkat Perkeso, Nurul Nadirah (berkerusi roda) di HSNZ Kuala Terengganu hari ini. Hadir sama, Pengarah Perkeso Terengganu, Farihah Che Husin (kiri).
Azih (dua dari kanan) beramah mesra dengan anak angkat Perkeso, Nurul Nadirah (berkerusi roda) di HSNZ Kuala Terengganu hari ini. Hadir sama, Pengarah Perkeso Terengganu, Farihah Che Husin (kiri).
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Penjawat awam yang berkhidmat di sektor kesihatan dan keselamatan berisiko tinggi mengalami stres disebabkan tekanan kerja.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda, berkata, antara punca tekanan dikesan ialah disebabkan beban kerja dan masalah peribadi yang tidak dikawal sehingga emosi di bawa ke tempat kerja.

"Sebagai contohnya pada musim perayaan ini, mungkin ada dalam kalangan mereka (doktor atau jururawat) sudah berkemas untuk pulang beraya tetapi terpaksa dibatalkan kerana pesakit bertambah di wad.

"Selain itu, mungkin mereka mempunyai masalah dan tekanan di rumah terutama bagi pekerja wanita dan dalam masa sama terpaksa pula berdepan tekanan kerja.

"Jadi dalam situasi ini, macam-macam perkara buruk boleh berlaku. Lebih-lebih lagi bila tengah memandu, inilah yang mengundang kepada kemalangan," katanya kepada media.

Beliau berkata sedemikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan implan kaki kepada anak angkat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Nurul Nadirah Anuar, 14, di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini hari ini.

Sementara itu, Azih berkata, kos sara hidup dan tekanan di tempat kerja antara faktor penyumbang ke arah tekanan emosi 25 peratus daripada 1.6 juta penjawat awam di negara ini.

"Perkara ini perlu dipandang serius kerana kita bimbang stres boleh menyebabkan kemurungan dan akhirnya mereka tidak dapat memberikan produktiviti yang baik.

Artikel Berkaitan:

"Ia akan memberi kesan kepada tuntutan dan permintaan rakyat. CUEPACS juga mencadangkan agar pendidikan awal psikologi turut ditekankan kepada semua peringkat penjawat awam," katanya.