Tunggu nak beli dadah, tapi yang datang polis...

Kesemua ditangkap kerana melakukan kesalahan berkaitan dadah.
Kesemua ditangkap kerana melakukan kesalahan berkaitan dadah.
A
A
A

ALOR SETAR - Dua wanita antara yang ditahan polis di lokasi panas dadah di Pulau Tuba, Langkawi apabila sedang menunggu untuk membeli barangan terlarang itu dalam satu operasi yang dilakukan pada semalam dan kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah, Superintendan Helmi Aris berkata, wanita-wanita itu antara 26 yang ditahan atas pelbagai kesalahan dadah dan kini ditahan untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, dua lokasi panas telah diserbu pihaknya iaitu di Kampung Balik Bukit dan Lubuk Cempedak dan mereka yang ditahan berusia di antara 20-an hingga 40-an.

"Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah dan Langkawi telah pergi ke Pulau Tuba selama dua hari untuk melakukan operasi ini namun usaha yang dilakukan agak sukar kerana penduduk di sana seakan-akan boleh tahu kehadiran orang luar kerana perlu melalui Jeti Pulau Tuba.

Port panas dadah yang dijumpai dimusnahkan oleh polis dalam operasi tersebut.
Port panas dadah yang dijumpai dimusnahkan oleh polis dalam operasi tersebut.

"'Port' panas yang dijumpai oleh kami dirobohkan dan polis akan terus menjalankan operasi secara berterusan di pulau ini,katanya dalam satu kenyataan.

Helmi berkata, 18 daripada jumlah yang ditangkap dalam operasi tersebut didapati positif dadah dan ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Bahaya.

"Dua orang ditangkap di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Bahaya kerana memiliki 17 gram heroin, satu orang ditangkap memiliki serbuk ketum 14 gram dan 5 penagih dadah pula ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah," katanya.

Artikel Berkaitan: