Pekerja restoran mengaku menyamar pegawai kastam, perdaya pelajar

Keng Fong ketika dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Alor Gajah di sini tadi atas pertuduhan menipu dan memperdaya seorang pelajar institut pengajian tinggi kira-kira dua tahun lalu.
Keng Fong ketika dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Alor Gajah di sini tadi atas pertuduhan menipu dan memperdaya seorang pelajar institut pengajian tinggi kira-kira dua tahun lalu.
A
A
A

ALOR GAJAH - Seorang pekerja restoran mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Alor Gajah di sini, hari ini atas pertuduhan menipu dan memperdaya seorang pelajar institut pengajian tinggi kira-kira dua tahun lalu.

Tertuduh, Kau Keng Fong, 46, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Zaridah Y Abdul Jaapar, sejurus kedua-dua pertuduhan itu dibacakan.

Bagi pertuduhan pertama, Keng Fong yang bekerja sebagai tukang masak, didakwa memperdaya Muhammad Hasraf Ramli, 23, untuk pembelian empat unit TV Sony dan 15 iPhone 6 lelongan Kastam yang tidak wujud sehingga mendorong mangsa memasukkan wang secara berperingkat berjumlah RM3,050 ke akaun bank milik tertuduh pada jam 8.16 pagi hingga 1.20 petang pada 28 Ogos 2017 di BSN Cawangan Alor Gajah.

Pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memperdaya mangsa sama untuk pembelian barangan elektrik yang sama sehingga mendorong mangsa memasukkan wang berjumlah RM600 ke akaun bank tertuduh. Kesalahan itu dilakukan tertuduh pada jam 1.27 petang, 29 Ogos 2017 di lokasi yang sama.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan bagi kedua-dua pertuduhan, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun dan dengan sebatan dan boleh dikenakan denda.

Berdasarkan fakta kes, mangsa yang juga pelajar bekerja sambilan sebagai penjual buah di pekan Pulau Sebang, Alor Gajah, telah didatangi tertuduh menawarkan jual beli barangan murah kastam dan pengadu bersetuju membeli empat unit TV LCD jenama Sony 60 inci berharga RM150 seunit, dan 15 iPhone 6 berharta RM200 seunit.

Pada 28 Ogos 2017, mangsa memindahkan wang RM2,000 dari akaun banknya ke akaun bank tertuduh. Selepas itu, mangsa menerusi tiga lagi transaksi memasukkan wang berjumlah RM1,650 ke akaun tertuduh.

Setelah wang dipindahkan, mangsa cuba hubungi tertuduh namun gagal dan sehingga mangsa membuat laporan polis, barangan yang dibeli tidak diterima dan mangsa kerugian RM3,650.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Zaridah meminta Arthana menyemak semula pertuduhan dan menangguhkan keputusan hukuman.

Timbalan Pendakwa Raya S Arthana mencadangkan tertuduh dijamin RM5,000.

Tertuduh yang diwakili Peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Loong Meng Si, merayu supaya anak guamnya diberi jaminan yang rendah kerana mempunyai pendapatan RM1,600 dan terpaksa menanggung nafkah bekas isteri dan dua anak berusia 15 dan 18 tahun.

Mahkamah kemudian menawarkan jaminan RM4,000 dan menetapkan 12 Jun depan untuk sebutan semula dan keputusan hukuman.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!