Bila Rembau dah ada rumah salji....

Aktiviti bersama keluarga tambah seronok dengan adanya Rumah Salji Rembau. - FOTO BERNAMA
Aktiviti bersama keluarga tambah seronok dengan adanya Rumah Salji Rembau. - FOTO BERNAMA
A
A
A

REMBAU - Dahulu, idea untuk membina rumah salji oleh Mohd Khairul Azman Mustakim, 31, sering ditertawa dan dikatakan mengarut oleh rakan-rakan dek kerana keinginannya merasai suasana seperti mana di luar negara.

Kini, hasrat dan impian bapa kepada seorang anak ini menjadi kenyataan selepas Rumah Salji Rembau yang dibinanya, setengah jam dari Seremban, siap sepenuhnya dan telah menjadi antara tarikan baharu di kawasan itu bukan sahaja dalam kalangan penduduk setempat bahkan orang luar.

Mohd Khairul Azman hanya mengambil masa kira-kira tiga minggu untuk membina sebuah rumah salji dan mula beroperasi pada hujung Mac tahun ini.

“Idea saya ini sudah dirancang sejak tiga tahun lepas sebab saya terlibat dengan perusahaan sejuk beku. Jadi dari situ idea untuk bina rumah salji macam iCity Snow ini timbul, tetapi apabila saya cerita pada kawan-kawan mereka gelakkan saya.