Isu perobohan tapak kuil perlu perbincangan bersama

Halimey (dua, kanan) berbincang bersama pengurusan kuil terbabit sewaktu turun ke lokasi berkenaan baru-baru ini.
Halimey (dua, kanan) berbincang bersama pengurusan kuil terbabit sewaktu turun ke lokasi berkenaan baru-baru ini.
A
A
A

PETALING JAYA - Isu perobohan tapak Kuil Sri Maha Muniswarar di Batu 10, Sungai Way perlu diselesaikan melalui perbincangan bersama antara pemaju dan pengurusan rumah ibadat terbabit.

Adun Seri Setia, Halimey Abu Bakar berkata, langkah tersebut perlu diambil bagi membolehkan penyelesaian terbaik dicapai menerusi situasi menang-menang antara kedua-dua belah pihak.

Menurut Halimey, pengurusan kuil berkenaan mendakwa rumah ibadat itu sudah berusia 73 tahun malah permohonan bagi menduduki tapak itu juga sudah dibuat kepada kerajaan negeri sejak 10 tahun lalu.

"Namun difahamkan tiada sebarang maklum balas daripada kerajaan negeri pada waktu itu. Dan baru-baru ini, pemaju tanah terbabit telah menyerahkan notis untuk pihak terlibat mengosongkan tapak kuil terbabit.

"Dan keadaan ini telah menimbulkan rasa kurang senang buat penganut di kuil ini kerana mereka telah lama berada di sini.

"Jadi disebabkan itulah saya rasakan perkara ini memerlukan kerjasama dan perbincangan dengan pemaju bagi membolehkan ia diselesaikan dengan baik dan win-win situation,"katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Penganut di kuil terbabit mengharapkan agar kuil yang didakwa berusia 73 tahun ini mendapat pembelaan sewajarnya.
Penganut di kuil terbabit mengharapkan agar kuil yang didakwa berusia 73 tahun ini mendapat pembelaan sewajarnya.

Mengulas lanjut, Halimey berkata pihaknya juga sudah berhubung dengan Exco Pemerdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin Selangor, V Ganabatirau baru-baru ini bagi membincangkan mengenai permasalahan itu.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, exco turut berpandangan bahawa permasalahan ini seharusnya diselesaikan dengan harmoni di peringkat bawah antara pemaju dan pengurusan tapak kuil terbabit.

"Berdasarkan tuntutan, pihak pengurusan kuil ini, mereka katanya tidak mahukan sebarang pampasan wang namun hanya meminta tapak dan pembinaan kuil baharu berhampiran kawasan ini.

"Isu ini agak sensitif dan mungkin akan ada perbincangan lanjut antara pengurusan tapak kuil ini dan pihak pemaju mengenai perkara ini bagi membolehkan penyelesaian terbaik dicapai,"katanya.