'Kenapa perlu bangkit isu baju, Zii Jia perlu bersyukur berlatih di ABM'

Jalani. - Foto Agensi
Jalani. - Foto Agensi
A
A
A

PERATURAN Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mewajibkan pemain profesional untuk tidak memakai pakaian sukan jenama jika mahu menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara tidak perlu diperbesarkan Pasukan Lee Zii Jia (TLZJ).

Sebaliknya legenda badminton negara, Datuk Seri Jalani Sidek menyifatkan pemain perseorangan profesional lelaki negara itu perlu berterima kasih apabila diberikan BAM kebenaran untuk menggunakan kemudahan berkenaan.

“Sejujurnya kenapa perlu perlu dibangkitkan isu baju apabila BAM memberikan kebenaran kepada pemain profesional untuk berlatih di dalam, sedangkan bakat dalam BAM itu boleh bantu dia berlatih. Dulu waktu jadi pemain profesional saya tidak mendapat kelebihan macam ini.

“Apabila persatuan mempunyai undang-undang dan peraturan, seharusnya mereka kena ikut dan akur. Pada saya ianya merupakan sesuatu yang adil dan benda remeh seperti ini bagi saya tidak perlu diperbesarkan lagi.

“Sebenarnya, akibatnya tidak bagus untuk senario badminton negara. Jika mereka betul-betul hendak berlatih di dalam, perlulah berkorban dan isu ini sepatutnya tidak patut berlaku,” katanya pada Ahad.

Pengarah Kejurulatihan TLZJ, Wong Tat Meng menerusi hantaran di Instagram miliknya sebelum ini mendakwa seperti dibuli selepas badan induk badminton negara tersebut mewajibkan pemain profesional untuk tidak memakai pakaian sukan jenama selain daripada penaja badan induk itu jika mahu menjalani latihan di ABM.

Namun BAM kemudian tampil menjelaskan bahawa peraturan tersebut yang diperkenalkan beberapa tahun lalu merupakan obligasi kontrak untuk hanya menggunakan pakaian penaja di ABM.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!