Agong sampaikan sumbangan di Raub

Baginda beramah mesra dengan asnaf yang diraikan pada majlis berbuka puasa di Masjid Sultan Abu Bakar di Raub hari ini.
Baginda beramah mesra dengan asnaf yang diraikan pada majlis berbuka puasa di Masjid Sultan Abu Bakar di Raub hari ini.
A
A
A

RAUB - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Almarhum Sultan Ahmad Shah berkenan berbuka puasa bersama rakyat di daerah ini hari ini.

Tiba di pekarangan Masjid Sultan Abu Bakar kira-kira jam 7 malam, baginda berbuka puasa bersama pelbagai golongan masyarakat di sini.

Dalam majlis itu juga, baginda juga berkenan menyerahkan sumbangan kepada 395 asnaf terpilih dari daerah itu.

Turut berlangsung majlis penyerahan kerusi roda kepada DUN Batu Talam.

Turut berangkat, Ahli Jumaah Pangkuan Pahang, Tengku Puteri Seri Teja Pahang, Tengku Muhaini Sultan Ahmad Shah.

Hadir sama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr Salehuddin Ishak, Exco Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Aziz Mat Kiram, Ahli Parlimen Raub, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji dan barisan kepimpinan kanan negeri.

Artikel Berkaitan: