Op Selamat: Dua lelaki miliki ganja ditahan

Sekitar pemeriksaan dijalankan dalam Op Selamat di KM15 Jalan Ipoh-Lumut berhampiran Pusing, malam tadi.
Sekitar pemeriksaan dijalankan dalam Op Selamat di KM15 Jalan Ipoh-Lumut berhampiran Pusing, malam tadi.
A
A
A

BATU GAJAH - Dua lelaki ditahan bersama 8.50g dadah disyaki ganja dalam satu sekatan jalan raya sempena Op Selamat di KM15 Jalan Ipoh-Lumut berhampiran Pusing, malam tadi.

Penahan lelaki masing-masing berusia 35 dan 26 tahun itu dibuat selepas pemeriksaan menemui satu paket lutsinar berisi cebisan daun-daun kering yang tersimpan dalam sebuah beg kecil dalam poket seluar seorang daripada suspek.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, dua lelaki berkenaan ditahan sekitar jam 12.10 malam ketika dalam perjalanan menghala ke Lumut menaiki sebuah kereta jenis Perodua Viva.

“Ujian air kencing yang dijalankan mendapati kedua-duanya positif dadah, pemandu kereta berusia 35 tahun mempunyai rekod lampau dan pernah dihukum di bawah Akta Penagihan Dadah.

“Siasatan lanjut akan dibuat mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Paket lutsinar berisi cebisan daun-daun kering yang ditemui ketika pemeriksaan ke atas dua lelaki.
Paket lutsinar berisi cebisan daun-daun kering yang ditemui ketika pemeriksaan ke atas dua lelaki.

Menurutnya, dalam operasi bersepadu membabitkan polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Kementerian Perdagangan Dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) itu, seramai 140 orang telah diperiksa.

Katanya, daripada jumlah itu, 47 orang telah diarahkan oleh AADK menjalankan ujian air kencing dan tiga orang telah disahkan positif dadah.

Artikel Berkaitan:

"Kita turut memeriksa 100 kenderaan termasuk 30 kenderaan berat.

"Daripada pemeriksaan itu, 17 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan," katanya.

Beliau berkata, selain mengurangkan kadar kemalangan melalui penguatkuasaan, operasi terbabit juga bertujuan mengesan pemandu yang berada di bawah pengaruh dadah.

"Ini termasuklah kesalahan barangan di bawah kawalan KPDNHEP," katanya.