Bunuh anak tiri, penganggur dihadap ke mahkamah

Mohammad Sofiyudin dibawa ke Mahkamah Majistret Gurun pagi ini.
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Gurun hari ini atas kesalahan membunuh anak tiri, bulan lalu.

Mohammad Sofiyudin Abu Bakar, 28, didakwa membunuh Muhammad Aqil Hairi Mohd Azrul Epindi, 2 tahun 2 bulan pada 25 Mei 2019 jam lebih kurang 7.30 malam hingga 8 malam.

Mengikut pertuduhan, perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah tidak bernombor di Batu 19 3/4 Jalan Yan-Guar Chempedak dalam Daerah Yan.

Disebabkan perbuatan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan tidak dibenarkan jaminan.

Tertuduh hanya mengangguk faham apabila pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Pasangan suami isteri itu direman bagi siasatan kematian Muhammad Aqil Hairi, 2 tahun 2 bulan 25 Mei lalu, bagaimanapun, isteri tertuduh dilepas dengan bon jaminan mahkamah.
Pasangan suami isteri itu direman bagi siasatan kematian Muhammad Aqil Hairi, 2 tahun 2 bulan 25 Mei lalu, bagaimanapun, isteri tertuduh dilepas dengan bon jaminan mahkamah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Nurul Waheda Abd Rahman dihadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit.

Kes akan disebut semula pada 5 Ogos 2019 di Mahkamah Majistret Yan.

Sementara itu, isteri tertuduh yang juga merupakan ibu kandung mangsa yang direman sebelum ini, dilepaskan dengan bon jaminan mahkamah mengikut Seksyen 49 Kanun Prosedur Jenayah.

Suasana sayu dalam kandang tertuduh apabila Mohammad Sofiyudin dilihat bersalaman dan mengucup kedua-dua belah pipi isterinya sebelum dibawa keluar dari mahkamah.

Isteri tertuduh yang juga ibu kandung mangsa dilepaskan dengan bon jaminan mahkamah.
Isteri tertuduh yang juga ibu kandung mangsa dilepaskan dengan bon jaminan mahkamah.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji dalam kenyataan pada 26 Mei lalu berkata, berdasarkan laporan bedah siasat, mangsa didapati maut akibat kecederaan pada bahagian badan kerana objek tumpul.

Katanya, pada pukul 7.30 malam, suspek memaklumkan telah menemui anak tirinya dalam keadaan terbaring di lantai bahagian dapur dalam keadaan tidak sedarkan diri membolehkan dia segera membawa mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Bagaimanapun, doktor yang menjalankan bedah siasat ke atas mangsa mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan oleh kecederaan daya tumpul di bahagian abdomen, berikutan terdapat kesan koyakan pada hati mangsa, pendarahan pada organ dan kesan lebam pada usus.

“Kesemua kecederaan dalaman adalah kecederaan baru dan tidak sampai beberapa jam sebelum mangsa meninggal dunia," katanya.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia