Alahai dik...

Anggota bomba terpaksa dihubungi bagi mengeluarkan kepala seorang kanak-kanak lelaki yang tersangkut dalam lubang periuk.
Anggota bomba terpaksa dihubungi bagi mengeluarkan kepala seorang kanak-kanak lelaki yang tersangkut dalam lubang periuk.
A
A
A

AMPANG - Sepasukan anggota bomba terpaksa dihubungi bagi mengeluarkan kepala seorang kanak-kanak lelaki yang tersangkut dalam tudung periuk di rumahnya di Taman Ampang Indah malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian pada jam 8.04 malam.

Katanya, sebaik menerima panggilan, sepasukan lapan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang bergegas ke lokasi.

"Anggota bomba yang tiba di lokasi sembilan minit kemudian mendapati kepala seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun tersangkut dalam lubang tudung periuk.

"Anggota bomba kemudian menanggalkan tudung periuk itu dari kepala kanak-kanak tersebut dengan cara mengguntingkannya," katanya.

Difahamkan, insiden berlaku selepas kanak-kanak itu dikatakan bermain dengan tudung periuk tersebut sebelum itu.

Artikel Berkaitan: