Wayta Moorthy beri keterangan kes saman pada 16 Ogos

Wayta Moorthy
Wayta Moorthy
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy tampil memberikan keterangan dalam perbicaraan kes samannya pada 16 Ogos ini.

Tarikh itu ditetapkan Pesuruhjaya Kehakiman Rohani Ismail di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pengurusan kes saman fitnah difailkan Waytha Moorthy terhadap Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Datuk Azwanddin Hamzah.

Saman tersebut berhubung ucapan Azwanddin dalam satu perhimpunan anjuran Gerakan Rakyat Malaysia (Geras) di Dataran Seni Klang, Disember tahun lalu.

Prosiding itu dihadiri peguam Peguam Annou Xavier yang mewakili Waytha Moorthy dan Sarah Abishegam bertindak bagi pihak Azwanddin.

Annou Xavier ketika ditemui pemberita memberitahu, ksemua dokumen berkaitan dengan perbicaraan telah lengkap.

Waytha Moorthy, 53, selaku plaintif pada 13 Februari lepas memfailkan saman itu selepas mendakwa Azwanddin, 46, selaku defendan telah mengeluarkan perkataan fitnah terhadapnya ketika berucap dalam satu perhimpunan anjuran Geras itu pada 25 Disember 2018.

Dalam penyataan tuntutan, plaintif mendakwa defendan menyebabkan ucapan dan perkataan fitnah itu diterbitkan semula di pelbagai media cetak, portal berita dan laman web selain mendakwa ucapan itu yang dimuat naik ke laman Facebook defendan telah mendapat 187,912 paparan, 4,705 penyukaan, 943 kongsian dan 362 komen setakat 8 Feb 2019.

Dakwanya, ucapan itu tidak benar dan berniat jahat selain memberi kesan terhadap reputasinya sebagai senator dan sebagai Menteri Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial.

Artikel Berkaitan:

Sehubungan itu, plaintif memohon perintah injunksi untuk menghalang defendan atau ejennya daripada mengucapkan atau menerbitkan ucapan memfitnah tersebut di dalam mana-mana media, secara bercetak, atas talian atau sebaliknya serta memohon gantirugi am, teladan, terlampau, kos dan relif-relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.