Suspek kes samun ditahan reman

Mohd Khalil (dua,kiri) ketika menyempurnakan Perasmian Sukan Tahunan ke-50 Tahun antara Bench and Bar dan Polis Johor.
Mohd Khalil (dua,kiri) ketika menyempurnakan Perasmian Sukan Tahunan ke-50 Tahun antara Bench and Bar dan Polis Johor.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis akan memohon reman selama tujuh hari ke atas suspek pecah masuk sebuah kedai di Taman Nusa Bestari 2, Skudai, di sini, semalam.

Suspek dipercayai rakan kepada seorang lelaki yang mati akibat terkena tembakan selepas cuba merempuh beberapa anggota polis menggunakan kereta dalam kejadian pecah kedai tersebut.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, suspek berusia 40-an itu direman bermula hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan 307 kanun yang sama.

"Banyak orang bertindak mahu mengancam nyawa pihak polis yang sedang menjalankan tugasan dan kita sememangnya memandang serius. Kita (polis) akan mempertahankan diri mengikut peruntukkan undang-undang yang sedia ada," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan kes seorang lelaki yang mati ditembak anggota polis selepas terlibat dalam kes pecah kedai, di Taman Nusa Bestari 2, di sini, semalam.

Sebelum itu, kira-kira jam 2.58 pagi, tiga anggota polis sedang membuat rondaan cegah jenayah di kawasan tersebut telah menemui rakan si mati di hadapan kedai berkenaan dalam keadaan mencurigakan.

Terdahulu, beliau ditemui selepas Perasmian Sukan Tahunan ke-50 Tahun antara Bench and Bar dan Polis Johor, di Johor Cricket Council (JCC), Padang Kriket Mutiara Rini, di sini, hari ini.

Artikel Berkaitan: