Alunan al-Kahf di masjid UIAM

Gambar hiasan. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Gambar hiasan. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

BERBAKI sehari lagi sebelum majlis World #QuranHour berlangsung, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) mengajak orang ramai untuk hadir ke lokasi perdana di Masjid Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk bersama-sama gemakan masjid itu dengan bacaan surah al-Kahf.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Marhaini Yusoff berkata, bacaan surah tersebut akan dipimpin oleh 11 qari dari pelbagai latar belakang dan diharap bacaan itu turut diikuti para peserta.

“Sebelum ini, ramai peserta hanya mendengar bacaan surah terpilih yang disampaikan qari tanpa membacanya sekali.

“Jadi kali ini, kita mahu gemakan masjid UIA dengan suara peserta sebagai tanda sokongan dan kesungguhan membaca surah ini,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Taklimat yang dilakukan pihak WUIF kepada mereka yang terlibat sebelum acara sebenar berlangsung. (Gambar kecil: Marhaini)
Taklimat yang dilakukan pihak WUIF kepada mereka yang terlibat sebelum acara sebenar berlangsung. (Gambar kecil: Marhaini)

World #QuranHour 25 Ramadan 1440H/30 Mei 2019

Jawapan kepada setiap cabaran ada dalam al-Quran. Baca, faham dan amalkan Surah Al-Kahf #MisiAlKahf2019 World #QuranHour #CabaranSejagat #BacaFahamAmal

Posted by World #QuranHour on Friday, May 10, 2019

Menurutnya, para peserta di lokasi hotspot lain juga diharap tidak terkecuali untuk membaca bersama-sama secara serentak baik yang dikongsi di media sosial atau lokasi masing-masing.

“Sebelum ini mungkin ada antara kita, tidak pernah membaca keseluruhan surah ini iaitu 110 ayat, jadi harap di UIAM nanti akan menjadi ruang orang ramai membaca sama-sama sehingga ke akhir ayat.

Artikel Berkaitan:

“Namun jika yang mengikuti di lokasi lain atau persendirian, orang ramai tidak terikat untuk mengikuti surah sehingga akhir kerana mungkin ada keterbatasan dan perkara lain yang mahu dilakukan. Asalkan dapat sertai bacaan pada awal program itu sudah memadai,” katanya.

Dalam pada itu mengulas mengenai bacaan surah pula, Marhaini berkata, ia akan dipimpin oleh 11 qari secara bergilir-gilir mengikut halaman al-Quran.

Selebriti terkenal yang fasih loghat Terengganu, Mat Dan akan menjadi ketua untuk Ikrar World #QuranHour itu di UIAM esok.
Selebriti terkenal yang fasih loghat Terengganu, Mat Dan akan menjadi ketua untuk Ikrar World #QuranHour itu di UIAM esok.

“Pemilihan qari dari pelbagai latar belakang yang terdiri daripada penuntut, pensyarah, selebriti, qari tilawah al-Quran dan beberapa pihak lain sebagai kombinasi pembangunan negara.

“Briefing sebelum acara telah kita berikan kepada yang terlibat dan ia masih berjalan sehingga esok (hari ini) terutama lokasi hotspot di dalam negara mahu pun luar negara,” katanya.