Presiden PKNP FC yakin kemampuan coach Burn

Kesebelasan PKNP FC
Kesebelasan PKNP FC
A
A
A

PRESIDEN PKNP FC Datuk Zainol Fadzi Paharuddin yakin dengan kemampuan ketua jurulatih Abu Bakar Fadzim untuk membawa pasukan berkenaan keluar daripada kedudukan kedua tercorot Liga Super musim ini.

Katanya, PKNP FC dilihat mampu untuk bangkit untuk meraih mata pada baki tujuh perlawanan dan menamatkan saingan Liga Super kali ini pada kedudukan yang lebih baik.

“Coach Burn (Abu Bakar) ni dia naik dari zaman saya (selaku Presiden Pafa) dan saya tahu sumbangan yang telah diberikan.

“Bagi yang mengikuti perkembangan pemain, pasti melihat sebahagian besar pemain khususnya pemain skuad Liga Super Perak yang muncul juara Piala Malaysia 2018 lalu.

“Sebahagian besar pemain yang menang Piala Malaysia itu adalah dari zaman saya. Mereka pernah muncul juara Piala Belia, Piala Presiden, Piala Emas Raja-Raja, Piala Agong dan kini membantu Perak memenangi Piala Malaysia 2018. Kita tumpang bangga dengan kejayaan itu,” katanya di sini, semalam.

Abu Bakar berkata demikian sempena Majlis Berbuka Puasa Bersama PKNP FC di Casuarina@Meru.

Terdahulu, Zainol Fadzi melontarkan cabaran untuk meletakkan jawatan selaku Preisen PKNP FC jika pasukan berkenaan gagal untuk terus kekal dalam kelompok pasukan elit Liga Super dan tersingkir ke saingan Liga Premier musim depan.

Untuk rekod, setakat ini PKNP FC berada pada kedudukan kedua tercorot Liga Super dengan mengumpul 12 mata, hasil tiga kemenangan, tiga seri dan tewas sembilan kali setakat ini.

Artikel Berkaitan:

Terkini, PKNP FC tewas 1-4 kepada Kuala Lumpur di Stadium Bola Sepak Cheras, baru-baru ini.

Sementara itu Abu Bakar Fadzim berkata, pihaknya menyahut cabaran berkenaan dan seterusnya merealisasikan hasrat untuk terus mengekalkan PKNP FC bersaing di Liga Super.

“Bagi saya inilah cabaran paling getir dalam karier saya. Bukan mudah untuk bawa pasukan Liga Super.

“Kita akan buat sesuatu selepas musim Hari Raya Aidilfitri nanti dengan kembalinya dua pemain tonggak, Ahmad Sukri Abdul Hamid dan import Filipina Amani untuk perkuatkan pasukan.

“Untuk Hari Raya Aidilfitri, semua pemain diberi cuti dan akan kembali menjalani latihan mulai Hari Raya keempat (Sabtu),” katanya.