Myanmar bebaskan pembunuh Rohingya

Gelombang keganasan baharu di Rakhine pada 2017 telah menyebabkan kira-kira 750,000 penduduk Rohingya terpaksa melarikan diri ke Bangladesh.
Gelombang keganasan baharu di Rakhine pada 2017 telah menyebabkan kira-kira 750,000 penduduk Rohingya terpaksa melarikan diri ke Bangladesh.
A
A
A

YANGON - Myanmar telah memberikan pembebasan awal kepada tujuh tentera yang dipenjarakan kerana membunuh 10 penduduk Islam Rohingya termasuk kanak-kanak lelaki ketika tindakan kekerasan dilancarkan di Rakhine pada 2017.

Maklumat yang diperoleh Reuters mendapati kesemua mereka dibebaskan pada November 2018 yang bermaksud mereka hanya menjalani hukuman penjara kurang setahun daripada jumlah 10 tahun yang dikenakan ke atas mereka kerana melakukan pembunuhan di perkampungan Inn Din.

Mereka juga menjalani hukuman lebih singkat berbanding dua wartawan Reuters, Wa Lone dan Kyaw Soe Oo yang dipenjarakan selama lebih 16 bulan kerana membuat liputan tentang pembunuhan kejam tersebut.

Kedua-dua mereka yang didakwa di bawah Akta Rahsia Rasmi itu telah dibebaskan di bawah langkah pengampunan presiden pada 6 Mei lalu.

Dalam satu kenyataan, Ketua Warden di Penjara Sittwe di Rakhine, Win Naing turut mengesahkan perkara tersebut.

"Hukuman mereka telah dikurangkan oleh tentera," kata seorang pegawai kanan di Naypyitaw yang enggan identitinya didedahkan. Mereka bagaimanapun enggan memberikan butiran lanjut tentang perkara itu selain tidak mengetahui tentang tarikh sebenar pembebasan kesemua mereka yang tidak didedahkan kepada umum. Difahamkan, ketujuh-tujuh tentera itu adalah kumpulan tunggal anggota keselamatan yang dihukum kerana melancarkan operasi kekerasan di Rakhine yang menyaksikan lebih 730,000 etnik Rohingya melarikan diri ke Bangladesh.

Sebelum ini, Myanmar telah berulang kali menafikan tindakan kekerasan dilakukan di Rakhine dan menegaskan keputusan menjatuhkan hukuman penjara ke atas tujuh tentera di Inn Din itu kononnya sebagai bukti pasukan keselamatan tidak dilindungi kekebalan. - Agensi

Artikel Berkaitan: