Wanita Myanmar ditemui tergantung

Mayat wanita warga Myanmar dihantar ke HRPB untuk bedah siasat.
Mayat wanita warga Myanmar dihantar ke HRPB untuk bedah siasat.
A
A
A

IPOH - Seorang wanita warga Myanmar ditemui mati dalam keadaan tergantung di jeriji pintu utama premis dua tingkat di Jalan Medan Ipoh 3, Bandar Baru Medan Ipoh di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, mayat mangsa berusia 30-an itu ditemui oleh wanita yang merupakan pemilik premis berkenaan kira-kira jam 6.30 petang.

“Pasukan polis dan forensik dikejarkan ke lokasi kejadian mendapati mayat wanita lengkap berpakaian ditemui tergantung pada jeriji pintu. Pemeriksaan patologi mendapati tiada sebarang unsur jenayah ditemui pada tubuh badan mangsa,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Anggota polis mengangkat mayat wanita warga Myanmar yang ditemui tergantung di Bandar Baru Medan Ipoh, hari ini.
Anggota polis mengangkat mayat wanita warga Myanmar yang ditemui tergantung di Bandar Baru Medan Ipoh, hari ini.

Menurutnya, identiti mangsa belum dapat dikenalpasti selepas gagal menemui sebarang dokumen pengenalan diri.

“Maklumat awal mendapati mangsa menyewa bilik dipremis berkenaan bersama seorang lelaki yang dipercayai suaminya. Lelaki tersebut ditahan buat sementara waktu selepas didapati cuba mengganggu tugas polis,” katanya.

Mohd Ali berkata, pihaknya akan memeriksa pengenalan diri mangsa menerusi pihak kedutaan atau Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR).

“Mayat kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat. Kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga memperolehi punca sebenar kematian mangsa diperolehi,” katanya.

Artikel Berkaitan: