Tok Pa jalani pembedahan batu karang

Majlis solat hajat sempena pembukaan pusat khidmat Ahli Perlimen Jeli di Bukit Nangka pagi ini tetap diteruskan walau tanpa kehadiran Mustapa.
Majlis solat hajat sempena pembukaan pusat khidmat Ahli Perlimen Jeli di Bukit Nangka pagi ini tetap diteruskan walau tanpa kehadiran Mustapa.
A
A
A
JELI - Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed terpaksa membatalkan hasrat menghadiri majlis solat hajat sempena pembukaan pusat khidmatnya di Bukit Nangka di sini apabila perlu menjalani pembedahan membuang batu karang hari ini.

Pegawai Khasnya, Zahari Kechik berkata, Mustapa mengetahui tentang penyakitnya malam kelmarin selepas tiba-tiba sakit di bahagian perut.

"Beliau akan jalani pembedahan kecil bagi membuang batu karang di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur, hari ini.

"Semua aktiviti beliau dalam tempoh seminggu akan datang terpaksa ditunda pada tarikh lain," katanya ketika ditemui selepas majlis solat hajat berkenaan di sini, hari ini.

Sementara itu, lebih 100 menghadiri majlis solat hajat berkenaan yang turut dihadiri Ketua Bersatu bahagian, Dr Aminuddin Yaacob.
Artikel Berkaitan:


Adun Ayer Lanas itu sebelum ini mengejutkan banyak pihak apabila mengumumkan keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat bebas.

Beliau sekali lagi mengejutkan orang ramai apabila mengumumkan menyertai Bersatu sekali gus menjadi wakil rakyat tunggal PH di negeri ini, setakat ini.