Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$102.8 bilion

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$102.8 bilion pada 15 Mei, 2019 berbanding AS$103.4 bilion pada 30 April, 2019.

Dalam kenyataannya bank pusat itu berkata paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.4 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

BNM berkata komponen utama rizab antarabangsa pada 15 April terdiri daripada rizab mata wang asing sebanyak AS$96.6 bilion, kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.1 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$1.1 bilion), emas (AS$1.6 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.4 bilion).

Katanya aset termasuk emas dan tukaran asing serta rizab-rizab lain, termasuk SDR, berjumlah RM419.41 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM2.27 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.33 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.1 bilion), tanah dan bangunan (RM4.17 bilion) dan aset-aset lain (RM13.53 bilion).

Sementara itu, modal berbayar sebanyak RM100 juta, rizab (RM132.19 bilion), mata wang dalam edaran (RM109.66 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM165.91 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM14.54 bilion), lain-lain deposit (RM826.17 juta), kertas Bank Negara (RM14.41 bilion), peruntukan SDR (RM7.61 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM2.55 bilion).- Bernama

Artikel Berkaitan: