Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$114.4 bilion

Bank Negara Malaysia - Foto 123RF
Bank Negara Malaysia - Foto 123RF
A
A
A

RIZAB antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$114.4 billion pada 28 April 2023.

"Paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.1 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek,” kata bank pusat dalam satu kenyataan hari ini.

BNM berkata, komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$101.9 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$5.8 bilion), emas (AS$2.5 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.8 bilion). - Bernama