Rokok, minuman keras bernilai RM136, 000 dirampas

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUCHING - Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas pelbagai jenis rokok dan minuman keras yang disyaki cuba diseludup masuk ke negeri ini bernilai RM136,000 dalam serbuan di Jalan Angin Lama, Bau petang semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 11 PGA, Supt Rosdi Inai berkata dalam serbuan yang dijalankan pada 2.30 petang itu, anggota PGA menemui 250 karton rokok dan 510 kotak minuman keras yang disembunyikan dalam sebuah gudang.

“Barangan itu dipercayai cuba diseludup masuk dari negara jiran melalui jalan darat sebelum dipasarkan di sekitar bandar raya Kuching.

“Hasil pemeriksaan lanjut, polis mendapati dua lelaki yang merupakan penjaga premis itu gagal menunjukkan sebarang dokumen yang sah berhubung pemilikan barang,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Batalion 11 PGA, Jalan Batu Kawa, di sini hari ini.

Kedua-dua lelaki yang berusia 26 dan 65 tahun itu ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 135(1) (d) Akta Kastam 1967 dan barang-barang rampasan juga turut diserahkan kepada Jabatan Kastam. - Bernama

Artikel Berkaitan: