Ops Nyah 1, PGA patahkan cubaan seludup rokok

Lelaki berusia 61 tahun ini telah ditahan kerana dipercayai membawa rokok seludup awal pagi tadi. -FOTO IHSAN PASUKAN GERAKAN AM
Lelaki berusia 61 tahun ini telah ditahan kerana dipercayai membawa rokok seludup awal pagi tadi. -FOTO IHSAN PASUKAN GERAKAN AM
A
A
A

PASIR GUDANG - Cubaan menyeludup rokok dengan menggunakan sebuah kereta gagal apabila kegiatan itu dikesan Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Cubaan itu dipatahkan menerusi Ops Nyah 1 di persimpangan Kong Kong, di sini, awal pagi tadi.

Komander Briged Tengah PGA, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, pihaknya mengesan sebuah kereta jenis Proton Iswara berwarna hitam dalam keadaan mencurigakan kira-kira jam 2.20 pagi.

"Anggota tersebut kemudian telah menahan kereta tersebut yang dipandu seorang lelaki berusia 61 tahun.

"Pemeriksaan yang dijalankan di dalam kereta menemui 220 karton rokok seludup dianggarkan bernilai RM10,400 yang diletakkan di tempat duduk belakang dan bonet belakang," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Rokok seludup bernilai RM10,400 yang dirampas susulan penahanan sebuah kereta jenis Proton Iswara di persimpangan Kong Jong, Pasir Gudang, awal pagi tadi. -FOTO IHSAN PASUKAN GERAKAN AM
Rokok seludup bernilai RM10,400 yang dirampas susulan penahanan sebuah kereta jenis Proton Iswara di persimpangan Kong Jong, Pasir Gudang, awal pagi tadi. -FOTO IHSAN PASUKAN GERAKAN AM

Beliau berkata, pemandu kereta terbabit telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, siasatan awal mendapati, rokok seludup itu akan diedar di sekitar Kong Kong dan Masai.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967," katanya.